Wednesday, May 09, 2007
TeRaKhIr KaLi..

Assalamu'alaikum..

ini adalah entry saya yang terakhir kali di blogdrive ini..saya akan berpindah ke 'mahligai' baru hari ini..jemput ziarah blog baru saya di : www.izzahulfah.blogspot.com  Big Smile

perpindahan ini sempena hari yang istimewa dalam hidup saya..semoga pertambahan usia seiring pertambahan iman..insya Allah..ameen..do'akan sayaSmile

langkah saya bukan terhenti di sini..perjuangan tetap diteruskan di tempat baru..
wassalamSmile


Posted at 12:37 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Saturday, May 05, 2007
10 KuNcI PeRsAhAbAtAn YaNg BaIk..

Assalamu'alaikum..Smile

 

1)      Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2)      Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik pada orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati oang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3)      Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4)      Hargai pendapat satu sama lain.

5)      Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6)      Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak dapat membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, khabarkanlah.

7)      Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawn yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan anda kepada mereka. Tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasaan mereka.

8)      Belajar daripada satu sama lain.

9)      Jangan mengat di belakang kawan anda.

10)  Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

 

Miracle of Friendship

 

Sekian,

Wassalam..Wink


Posted at 04:38 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Friday, April 27, 2007
AfTeR 2 WeEkS

Bismillahi wasy syukrulillah..

 

A sick woman in her bed, resting on a purple pillow, she grips the purple comforter that covers her.

 

                   Alhamdulillah, masih sempat untuk mencoretkan sedikit kata-kata di laman blog ini. Bukan aku tak mahu, tetapi masa begitu mencemburui aku lantaran pelbagai musyaqqoh melanda diriku dan keluargaku 2 minggu yang lalu. Usai sahaja final examku pada 3 April, aku bergegas pulang ke teratak indahku di Dungun, Terengganu pada keesokan harinya. Hatiku melonjak riang untuk bertemu ibu, ayah, adik, makcik, sepupu-sepupuku yang lincah dan saudara maraku yang lain. Sebaik sahaja bas bergerak, aku memaklumkan ibuku bahawa aku telah bertolak.

 selamat pulang dan jadi tukang masak mak

                   Aku tersenyum sendirian. Geli hatiku melihat pesanan ringkas (SMS) dari ibuku yang bernada gurauan itu. Tukang masak? Aku bukanlah seorang pakar dalam bidang masakan, setakat lauk-pauk ala Terengganu bolehlaa..

Sekali lagi aku menghubungi ibuku untuk bertanya adakah dia akan menjemputku di stesen bas Dungun nanti. Ibuku hanya menyuruhku turun di depan rumah Makcikku, kerana dirinya tidak sihat malah mendapat MC dari doctor. Oh,ku kira kata-kata ibuku tadi hanyalah gurauan untuk menjadi tukang masak untuknya, rupa-rupanya ibuku memang tidak berdaya untuk memasak..Lantas hatiku berdetik bimbang terkenangkan ibu di rumah.

                   Darah tinggi. Itulah penyakit utama ibuku. Kata ibu, darahnya naik mendadak kerana tekanan kerja dan tertekan kerana sering bersendirian bersama adikku di rumah lantaran ayahku yang sering out station atas urusan kerja. Simpatiku menebal lantas aku tinggalkan saja segala rancanganku untuk bersiar-siar demi menjaga kebajikan ibuku. Hari Khamis, tugasanku sebagai tukang masak bermula. Ibuku sememangnya telah diminta untuk tinggal di wad pada hari tersebut namun dia menolak. Hari Jumaat, itulah hari pertama yang mengundang air mataku untuk mengalir dan terus mengalir. Ibuku terpaksa ditahan di wad. Ayahku redha dan kata ayah, itu adalah lebih baik kerana di hospital pasti segala perkembangan ibuku akan diawasi oleh doktor & nurse. Aku hanya mampu terdiam dan lidahku kelu untuk berbicara. Pantas tanganku menyimpan segala keperluan ibuku untuk bermastautin seketika di wad Hospital Dungun.

                   Setiap pagi & tengahari ayahku pasti akan menziarah ibu. Aku tidak mengikuti ayah kerana perlu meguruskan segala urusan di rumah. Hanya pada waktu petang aku menziarahi ibu. Selama 2 malam aku menemani ibu di wad lantaran keadaannya yang sungguh lemah. Selama 5 hari ku rasakan hidupku benar-benar tertekan. Bukan tertekan kerana perlu menguruskan rumah, tetapi wajah & jasad ibuku tiada di depan mata. Hampir setiap malam aku menangis teringatkan ibu. Aku juga penat dan geram terhadap karenah adikku yang seolah-olah tidak pernah risau pabila ibu perlu ditahan di wad. Akhirnya pada hari Selasa, ibuku dibenrkan pulang ke rumah. Aku sungguh bersyukur kerana akhirnya ibuku tidak lagi perlu menghadapi kebosanan di dalam wad berbayar itu. Selama 5 hari itu juga aku mula memahami bagaimana peritnya menjadi seorang anak tanpa kewujudan ibu di rumah, lebih-lebih lagi anak perempuan tunggal di dalam keluarga seperti diriku ini. Segala urusan rumah tergalas di bahuku. Terima kasih tidak terhingga buat ayahku yang banyak membantu memudahkan urusanku.

                       Sebenarnya aku amat berat hati untuk mengatur langkah meneruskan pengajian di semester 3 (short sem) ini kerana kasihankan ibuku. Sepanjang ibu sakit, aku melakukan segala-galanya untuk ibu. Aku bimbang seandainya dengan ketiadaanku nanti akan memberi kesan buruk pada ibu. Namun kesihatan ibu makin baik, bahkan ibu menyuruhku kembali ke taman Ilmu dan Budi ini untuk meneruskan pengajian. Semoga ibuku terus tabah melawan & merawat penyakitnya..ALONG SAYANG MAK!!!!cry

 

p/s : maaf andai entry ini hanya melibatkan diriku & famili..

 

Sekian,
WassalamSmile


Posted at 12:34 pm by ibrah_rauhah
Comments (3)  




Friday, March 30, 2007
FiNaL ExAmKu..

            

           Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah pada hari ini. Masih jua dapat meneruskan saki-baki final exam untuk semester ini. Hari ini paper ke-4. Subjek Ayat Al-Ahkam, my major subject, Qur'an. Exam pada pukul 9:00 pagi. Oh..exam pagi memang mencabar. Mencabar kerana perlu bertarung dengan fitrah manusia, mengantuk. Namun exam perlu diutamakan. Aku benar-benar mengantuk lantaran tidurku yang lewat pada malam tadi. Subjek ini adalah subjek kedua yang aku takuti pada semester ini selepas Arabic For Islamic Studies 3. Benar-benar menakutkan kerana subjek ini quite tough. Tak dapat dibayangkan bagaimana pula halnya subjek major yang lain yang bakal aku hadapi pada 3rd and 4th year nanti. Seram sejuk jadinya bila difikirkan.

           Exam pada pagi tadi betulbetul mencabar kesabaran dan kekuatan imanku. Sodiqahku di belakang sudah berbisik-bisik "soalan dia…susah naa". Tuturnya dalam loghat Kedah. Ternyata dia sudah terlebih dahulu melihat soalan sejurus tiba di tempatnya. Kalau diikutkan peraturan, memang tidak boleh melihat soalan sebelum dibenarkan. Namun bagiku, tidak luak pun jika soalan dilihat. Bukannya salah kerana pelajar bukannya berbuat apa-apa, sekadar melihat soalan. Jadi tindakan sodiqahku aku biarkan sahaja. Salahkah aku?  Lantas aku hanya tersenyum memandangnya dibelakang bagi menutup rasa gundahku ini. Tidak mengapa, akan ku cuba sehabis baik. Insya Allah setiap usaha ada ganjarannya, aku pasti!

9:00 pagi. Kedengaran suara pengawas memberi arahan, tanda bermulanya exam. Sodiqahku yang berada di hadapan kelihatan tenang sambil mebaca do'a sebelum memulakan exam. Ya, dia sememangnya sentiasa tenang. Jarang kulihat kegusaran di wajahnya. Aku turut mengikuti tingkahnya membaca do'a dan selawat sebelum memulakan exam. Semoga Allah permudahkan urusanku. Aku hanya menggeleng lemah tatkala melihat soalan-soalan di hadapanku. Tidak ku duga soalan sesusah itu. Segala dalil yang berkaitan mesti disertakan, itu sudah aku maklum. Namun, ada juga dalil-dalil yang aku tidak mampu mengingatnya hingga ke akhir ayat. Soalan-soalannya berkaitan ZINA , QAZAF ZAUJAH NABI (SAIDATINA AISYAH), ISTI'ZAN LI DUKHUL BUYUT (meminta izin untuk masuk rumah), dan juga LARANGAN MELIHAT PORNOGRAFI. Lantas aku coretkan segala jawapan di kertas soalanku bagi memudahkanku menjawab nanti. Setelah setengah jam berlalu, lalu bermulalah sesi menulis jawapan bagiku. Baru sahaja aku menulis beberapa perenggan, tiba-tiba aku diserang sakit kepala. Ya Allah, dugaan apakah ini? Tak tertanggung rasanya kerana berdenyut-denyut hingga tak mampu ku berfikir malah menulis. Terasa mahu sahaja aku cepat-cepat pulang ke mahallah namun apakan daya, aku baru sahaja berjaya menulis beberapa perenggan. Soalan ijbari (wajib) sungguh susah dan memerlukan jawapan yang panjang beserta penerangan dan dalil.

            Aku cuba menenangkan diri. Terasa seperti hendak menangis kerana sakit. Lantas aku membuang pandang ke luar dewan, melihat rumput-rumput yang menghijau bersama sinaran matahari yang ceria memancar bumi. Besar sungguh jasa sang matahari kepada manusia dan makhluk Allah yang lain. Maha Suci dan Besarnya Allah! Aku memaksa diriku untuk kembali menulis jawapanku kerana minit dan saat akan terus berdetik hingga ke jam 11:30 pagi. Oh, ada lagi dugaan rupanya! Tiba-tiba aku terlihat kesan titisan air di atas kertas jawapanku. Pelik. Aku mula berfikir dari mana datangnya titisan air tersebut. Aku tidak selsema, malah kalau hujan sekalipun, tempiasnya tidak mungkin hingga masuk ke dalam dewan. Otakku menerima isyarat, lalu terus ku dongak ke atas siling. Rupa-rupanya titisan dari air-conditioner yang mengganggu knsentrasiku menjawab soalan. Aku tidak mengambil pusing situasi itu kerana bagiku ia hanya hal kecil. Bak kata sahabat-sahabatku, "Furu' je tu!". Setelah bertarung selama 2 jam 30 minit di medan imtihan, akhirnya medan itu berjaya ku tempuh. Syukur Alhamdulillah kerana kesakitan yang ku alami hilang dengan sendirinya ketika aku memaksa diriku menulis jawapan. Mungkin berkat berdoa kepada Allah..Jelas kelihatan wajah-wajah tension di sekelilingku, namun ada juga yang tersenyum ceria. Mungkin mereka berpuas hati dengan jawapan mereka. Aku? Hanya Allah dan ustazah yang mengetahui bagaimana jawapanku. Tawakkal setelah berusaha, itulah yang sebaiknya.. Akhirnya aku menghayunkan langkah keluar dari dewan bersama sahabat-sahabatku. Ramai yang mengakui soalan tersebut susah. Aku berasa lega kerana setidak-tidaknya bukan aku sahaja yang merasakan soalan itu susah… Lantas aku meninggalkan dewan dan beransur pulang ke mahallah bersama sahabatku, Ila. One more paper to go! Subjek Tafsir Maudhu'i yang bakal ku tempuh. Tekadku dalam hati!

 

# sodiqah = rakan/kawan/teman/sahabat (perempuan)

# mahallah = kolej kediaman

 

p/s: sekadar melepaskan tension melalui penulisan..penulisan yang tak seberapa..saya bukannya penulis pun..hehe.


Posted at 06:26 pm by ibrah_rauhah
Comments (4)  




Saturday, March 17, 2007
Kisah2 al-Quran

Assalamu'alaikum..

Alhamdlillah, bersua lagi..kini dah makin sibuk sebab dah masuk zon FINAL EXAM! Shadesmakin dekat dengan exam, makin banyak pulak quiz & assignments.alhamdulillah, semua tu dah selesai..petang td, exam Parenting (CCFM2052).ni subjek ko-kurikulum..tp soalan die boleh tahan jugak susah huhuhShocked (bg saya la..)

Hmm..petang semalam..hehe..berjaya menghadirkan diri ke Dewan Balqis di Bandar Baru Selayang..hmm,saya buat ape kat situ?ehehe..ada rezeki..dapat hadiah..walaupun no.2, tetap gumbira!Wink actually majlis tu adalah Majlis Penyampaian Hadiah bg para pemenang peraduan anjuran syarikat Edusystem, in collaboration with majalah i, majalah Gila-Gila dan akhbar KOSMO! saya masuk peraduan teka silang kata kisah2 al-Quran dalam KOSMO! saje je masuk, takde niat pun nak menang sebab peraduan tu berkait dengan Sirah..saya memang suka Sirah!Big Smile tp tak sangka pulak dapat jugak menang..hehe.berkat kerjasama kawan & especially ibu saya..yela, soalan2 nye susah taaau..nasib baik mak ajar Pendidikan Islam heheTongue soalan2 bukan sahaja pasal Sirah..ada jugak yg berkait dengan Fiqh&Usul..Smile hmm..hadiah2nye..BUKU!!!! tp banyak sangat buku2 cerita untuk tahap budak sekolah menengah..nampaknya saya akan agihkan kepada adik&sepupu2 saya laa..huhu.yela, saya dah taknak baca buku2 tahap tuBig Smile nasib baik ada jugak buku2 untuk tahap student U..alhamdulillahBig Smile seperti yang saya jangkakan, memang ada beberapa orang lagi pemenang dr UIA..hehe..chaiyo' UIA!!Wink sekadat pertandingan kecil..namun saya rasa ia lebih baik & ilmiah dari program2 realiti TV yang makin banyak sekarang..tumbuh meliar bak cendawan!walaupun hadiahnya sekadar buku2 untuk tatapan ramai, namun dirasakan lebih baik&berguna daripada duit,banglo,&kereta yang tidak diketahui dari mana sumbernyaShocked

sekian dari saya untuk kali ini..insya Allah andai ada kelapangan waktu, akan saya titipkan lagi coretan di sini..

Ma'assalamah,
WassalamSmile


Posted at 11:44 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Tuesday, February 27, 2007
SLAUGHTERING COURSE! ^_^

Assalamu’alaikum..

 

Kaifa hal?moga sihat sejahtera hendaknya..saya?huhu..minggu lepas tak bape sihat..Allah uji dengan menarik nikmat sihat untuk seketika…moga dengan kesabaran yang dipupuk diberkati Allah..ameen.hmm..makin dekat nak final exam, saya rasa makin banyak program yang dianjurkan di kampus ni. Tak menang tangan juga nak handle & attend. Meeting boleh dikatakan kerap kali juga in a week. Huhu..meeting minutes tak siap lagi. Society, society jugak..namun study jangan diabaikan! Ye,malam ni ada discussion..preparation for Taqdim (presentation) hari Rabu nanti..pasal IKHTIILAT.

 

Hari Ahad yang lepas, IRKH Students’ Society(IRKHS’S) telah menganjurkan SLAUGHTERING COURSE (Kursus Penyembelihan) buat IRK students dan juga warga kampus UIAM. Kursus ini adalah hasil kerjasama dengan Ma’ruf Club selaku catering untuk lunch. Hehe..sejarah di Matrik UIAPJ kembali berulang..kali ini saya rasakan lebih meriah..macam kenduri kawen!! Hari Sabtu dah buat preparation..sehingga hari kejadian..hehe. Ayamuih..jauh..datangnya dari Penangtaktaula ayam2 tu mabuk ke tak hehe. Instructor untuk Slaughtering Course ini adalah ustaz wakil dari Sultan Haji Ahmad Shah’s Mosque (SHAH’s MOSQUE). Hmm..nak tau camne aksi para peserta & pemeriah suasana? Jom kita tengok kat bawah ni

 

-persiapan..kupas bawang dan adik badiknya hehe-

 

 

 

-My Headcom with ex-schoolmate..bagus, betul cara Pirol pegang pisau tu..ada sesetengah pegang tak betul..-

 

-ni uratnya...-

 

-cabut bulu ayammm-

 

-cooking time..kelihatan Presiden Ma'ruf Club tgh sibuk hehe..-

 

-di saat orang lain sibuk, kami sempat merakamkan kenangan hehe..-

 

[gambar ihsan dari kamera WaniBig Smile]

 

Itu saja..insya Allah kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang..so, buat para LELAKI..jangan lepaskan peluang!masa ni la nak test keberanian anda untuk sembelih ayam. Saya pun dah pernah sembelih ayam masa kursus kat matrik UIAPJ dulu tau. Kalau lelaki takut, malu la kat kaum Hawa….hehe (provoke2!)

 

Nantikan program2 IRKHS’S yang akan datang!!!

 

p/s:maaf, gambar2 tak sempat nak upload semuanya buat masa ni sebab kesuntukan waktu..

 

Ma’assalamah

WassalamSmile

 


Posted at 01:56 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Monday, February 19, 2007
Laye Cine..hUhU

ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

Alhamdulillah, bertemu lagi..kali ini dengan entry baru lagi..tapi soryla kalau tak best. erm..actually tak balik bercuti pun, just stay kat kampus je spanjang cuti raya cina ni..lagipun mak cakap "takpela tak balik pun..kita bukan nak sambut Raya Cina"Tongue habiskan cuti dengan kerja2 yang berfaedah..berkerja di ofis SRC hehe..campur pulak dengan urusan study yang pasti takkan bertemu penghujungnya..buat bonda tersayang di rumah,I MISS U SOOOOO MUCH!!!huhucry juga ayahnda dan adindaku..buat bonda, terimalah ini dariku..


-SEGENGGAM TABAH, inteam-

Ni ada tazkirah sikit..

Lelaki tidak sanggup
Oleh Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Lelaki yang terlanjur dengan pasangannya hingga mengandung lebih rela melarikan diri daripada bernikah kerana menganggap perbuatan itu umpama ‘memikul biawak hidup’.

Perkara itu terbukti kerana dalam tempoh 50 tahun, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri ini hanya berjaya menguruskan pernikahan 11 pasangan yang terlanjur daripada 177 aduan yang diterima.

Pengerusi Perkim negeri, Datuk Siti Rahmah Kassim, berkata jumlah yang terlalu sikit itu membimbangkan apabila tiada seorang pun teman lelaki wanita yang mengandung sanggup bernikah dengan pasangannya.

Katanya, kebanyakan wanita yang mengandung anak luar nikah datang ke Perkim meluahkan rasa kesal menyerahkan maruah diri selepas dipujuk teman lelaki.

“Kekesalan itu semakin ketara apabila teman lelaki tidak sanggup bernikah walaupun mengetahui pasangannya sudah mengandung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Siti Rahmah berkata, teman lelaki wanita terbabit pula kerap menyalahkan pasangannya dengan menganggap ia bukan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

“Sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan anak hasil hubungan luar nikah itu diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya.

Katanya, tindakan itu diambil kerana wanita terbabit tidak berupaya membesarkan anak luar nikahnya tanpa pasangan.

Selain itu, Siti Rahmah berkata, kajian yang dilakukan Perkim negeri ini mendapati sikap kasar ibu bapa selepas mengetahui keterlanjuran anak mereka menyebabkan pasangan kekasih terbabit gagal dinikahkan.

Katanya, ibu bapa dinasihatkan reda dengan kejadian yang berlaku bagi mengelak anak mereka mengulangi perbuatan keji itu diulangi.

“Nikah adalah cara terbaik bagi mengatasi masalah keterlanjuran itu,” katanya.

*Komen saya: La Taqrobuz Zina...kalau terlanjur, nikahlah cepat2..memang itu langkah terbaik..

Ma'assalamah..
WassalamSmile


Posted at 02:30 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Saturday, February 10, 2007
finally..

ASSALAMU'ALAIKUM

 

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu tak update, kini saya kembali muncul dengan entry baru ni. Kaifa halukum jami'an? Arjukum fis sa'idah was salamah insya Allah..Smile hmm..sebenarnya last week sibuk dengan midterm yg masih berbaki 2 paper..ahamdulillah dah habis dah sume..next quiz plak menanti untuk subjek Arabic For Islamic Studies 3 (AFIS3) hari Selasa depan..semoga otakku masih mampu berfungsi huhu.. minggu lepas jugak saya sangat aktif beriadhah..taktaula nape hihi..mungkin dek kebosanan di waktu petang kot..at least tak terperuk di bilik je..minggu ni..fuuh..the worst weekdays I ever had since being IIUM student..huhu.Sad betul2 mencabar dek pelbagai urusan dan masalah yang timbul. Urusan society + assignments + kesihatan yang tidak memuaskan. Ada 2 assignments..both are in group. Tapi saya sungguh sedih+tertekan sebab ada 1 assignment tu ahli kumpulan saya sumenya macam nak lepas tangan..nak kata sibuk sangat, rasanya dorang tu tak sibuk pun..akhirnya, saya pun terpaksa la melantik diri sendiri sebagai ketua tanpa persetujuan sape2. yang penting, gerak kerja untuk assignment tu berjalan dan boleh submit pada Madam .Alhamdulillah, FINALLY berjaya juga siapkan dan submit pada Madam pagi tadi.. Smile Program IRK- MONTHLY INTELLECTUAL DISCOURSE (M.I.D) , under Dakwah&Tarbiah Secretariat. Hmm.tak ku sangka rupanya menjadi S/U DnT Secretariat kali ini sungguh sibk..huhu..tenure lepah dokla sibok sangak huhu..sabor jelaa..Tongue majoriti sume benda orang refer kat kite..tula sebenarnya fungsi utama S/U dalam setiap society..menjadi orang kedua terpenting selepas ketua&penolong..nasib baikla dapat Headcomah(assistant Headcomm ye..budak UIA dah bese memu'annath kan muzakkar..hihi) yang sekepala..mudah untuk berdiskusi..heheBig Smile Apepun, syukur alhamdulillah pogram tersebut telah berjaya dijalankan hari Khamis yang lepas di Lecture Theatre 5 (above babush). Tapi saya tak sempat nak ikuti program hingga ke hujungnya lantaran tahap kesihatan makin teruk. Langkah diatur perlahan2 menuju mahallah setelah mendapat keizinan Kak Faizah, my Headcomah. Maafkan S/U mu ini..huhu. inysa Allah, next M.I.D akan kembali menggamit anda..so, datang jangan tak datang! Bukan semua ilmu kita boleh dapat dalam lecture, melalui talk2 atau kuliah2 camnila kita nak tambah & kongsi ilmu..betul tak? ShockedMalam tadi pun sepatutnya saya kena attend meeting IRK Society, for Slaughtering Course- satu lagi 'projek mega' under DnT secretariat, in collaboration with Economic Secretariat & Ma'ruf Club..tapi saya tak dapat attend coz ada back up class. Nantikan kemunculan ayam2 yang sehat2 belaka pada 28hb Febuari nanti insya Allah..Wink sejarah di matrik kembali berulang..mudah-mudahan kali ini lebih meriah..hmm..ada rijal yang takut nak sembelih ayam..ada jugak yang sembelih ayam sampai terputus kepala ayam tu huhuhuhu..rijal ke, nisa' ke..sume kena sembelih ayam tau! Surprise

 

Urmm..ni ada satu kes. Kesnya…tak tutup aurat. Pelakunya? My cousin..14 years old. She didn't wearing hijab in front of the ajnabi (including my brother). Hmm..makcik saya dah nasihatkan die..tapi die wat tak dengaq ja. Last2 makcik mintak saya nasihatkan..sebabnya ada sepupu saya yang umur 17 tahun tinggal dengan family makcik saya tahun ni..amik SPM kat Dungun. Saya faham, mungkin sepupu saya tu rasa macam tak bebas bila masuk rumah sendiri, tapi hakikatnya AURAT tetap AURAT..saya pun pernah alami situasi yang sama sebab dulu saya pun ada sepupu lelaki yang tinggal kat rumah saya..and for sure I have to cover my aurah. Kalau sepupu perempuan saya tu kecik, its ok la..tp dah masuk 14 tahun..kalau bagi kawen, dah boleh jadi mak orang dah..huhuBig Smile saya dah nasihatkan die through sms..(ni permintaan ibu die supaya send sms kat die). Kalau anda semua di tempat saya, apa yang anda akan lakukan? Apakah kata2 anda kepada sepupu anda tersebut?i need your suggestions…thank youShocked

 

Hmm..ni coretan untuk hari ni. Pagi tadi saya ada Parenting Class (subjek co-curiculum). Ada brother yang bagitau kat kelas pagi tadi, ada sorang kawan die cakap better jangan kawen dengan perempuan yang bertudung (especially tudung labuh) sebab dorang ni konservatif, kolot, tak global, tak modern, takde excitement in marriage.. fuh. rasa macam berdesing jugak telinga niHurmph Dahla kawan brother tu ex-religious school..hmm..mungkin die hanya pernah kenal nisa' yang camtu kot..sedangkan hakikatnya ramaaaai je perempuan yang bertudung tu aktif ke sana sini, bijak pandai,modern, global, dan macam2 lagi lah. Hmm..ke tak suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh? Kalo tak suka, tutupla mata….yang bertudung labuh tu tak menyusahkan orang lain pun..mungkin mereka ni ada yang sangat pemalu..(ha, yang ni memang saya tak setuju sebab malu pun perlu pada tempatnya tersendiri. Dalam buat kerja society contohnya, takleh nak malu2 bagi pendapat&buat kerja..as long as apa yang kita buat tu salah dari segi syara'.  Jangan jadikan tudung labuh tu sebagai satu penghalang dalam meneruskan kehidupan di dunia fana ni..APA PENDAPAT SAUDARA SAUDARI SEMUA? Ada kawan saya (perempuan) cakap, adakah artis yang majority modern dan global tu kekal bahagia dengan perkahwinan mereka? (ni as one of the example laaa). Hmm..tp saya suka pendapat kawan saya yang lagi sorang ni.die cakap.."belum cuba belum tauuu"Wink fahang??

 

Ok,sangat panjang pulak rasanya entry kali ni. Saya harapkan pendapat anda semua, especially pasal nak tegur kesalahan sepupu sendiri tu..moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buat kita, hamba2NYA yang dha'if ini..

 

Ma'assalamah,

WassalamSmile


Posted at 09:27 pm by ibrah_rauhah
Comments (3)  




Saturday, January 20, 2007
mUhArAm

Salam..

 

Alhamdulillah, bertemu lagi. Actually dah kat rumah ni..kebetulan balik dengan family malam tadi coz my dad got meeting at KL yesterday. At first teragak-agak jugak nak balik, tapi bila fakir banyak kali, balik jela dengan family. Terpaksa la 'burn' kan tiket huhu. Apapun, hari ni adalah hari pertama bagi tahun baru mengikut calendar Islam.. bulan Muharam 1428 Hijriah. Sama-sama lah kita mengenang dan mengambil iktibar sirah Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah dalam perjuangan baginda, para sahabat serta seluruh muslimin dan muslimat dalam menegakkan Islam dan berhijrah ke kota Madinah al-Munawwarah. Dan di sini ana suka lah nak singkap kembali di antara insiden ketika perjalanan Nabi dari Makkah ke Madinah iaitu sang cicak yang hampir membocorkan rahsia kedudukan Nabi di dalam gua. Kalau kita lihat di sini, ternyata bahawa cicak itu sebenarnya bukanlah haiwan yang baik kerana ia membuat bising dan hampir membocorkan rahsia kepada kaum Musyriqin Makkah. Justeru itu, adakah kita perlu mengagung-agungkan cicak sebagai haiwan yang berjasa? Hmm..CICAKMAN..hero baru di negara kita. Saya pun tidak faham kenapa pelu diambil cicak sebagai ikon hero untuk membantu insan lain? Terbalik pulak ye..sebab orang Barat menjadikan labah-labah sebagai hero, tetapi orang Malaysia mengambil cicak sebagai ikon hero. Sungguh berbeza antara CICAKMAN dan SPIDERMAN..banyak lagi haiwan lain, tidak sepatutnya cicak dijadikan sebagai sumber inspirasi.

 

 

 

Semoga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih soleh/solehah , bertaqwa dan lebih berusaha dalam apa saja yang kita lakukan, ikhlas kerana Allah Ta'ala..

 

 

Sekian,

Wassalam..Smile


Posted at 08:38 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Tuesday, January 16, 2007
pRoFiLe..

BIODATA IBLIS!!

Go to fullsize image

Nama                                          : Iblis Laknatullah
Tempat Lahir                            : Bermula dari keengganannya
sujud kepada Nabi Adam 'alaihis
                                                     
  salam
Satus                                         : Fasik kelas pertama
Agama                                       : Kufur
Tempat tinggal di dunia         : Di dalam hati mereka yang lalai
Tempat tinggal di akhirat      : Neraka Jahannam
Kawasan legarnya                  : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati
 Allah
Arah perjalanannya               : Tiada haluan dan bengkang
 bengkok
Isteri di dunia                          : Setiap wanita yang tidak menutup aurat  dan tidak men
taati Allah, 
                                                      Rasul dan suaminya.
Kaum kerabat                         : Semua golongan yang menentang
 dan memusuhi Allah
Modal pusingan                      : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan                : Pasar dan pusat membeli belah
Musuh ketat                            : Orang Islam yang beriman dan
bertaqwa
Kegemaran                              : Melalaikan orang dari mengingati
 Allah, menggoda dan
                                                   
menyesatkan.
Matlamat                                  : Supaya semua makhluk di muka
bumi ini menjadi kafir dan sama-
                                                   sama
masuk ke neraka Jahannam.
Kelemahan                              : Bila orang membaca istighfar
Lambang                                  : Sebarang tatu
Pejabat operasi                      : Tandas, bilik air, tempat bernajis
 serta  tempat maksiat.
Rakan kongsi                          : Golongan munafiq serta syaitan
dari kalangan jin dan manusia.
Sumber                                    : Segala harta yang diperolehi
dengan jalan haram dan riba
Makanan kegemaran             : Daging orang mati, segala najis
dan kotoran
Yang ditakuti                          : Orang mu'min yang beriman dan
bertaqwa kepada Allah.
Tempoh perkhidmatan         : Sehingga hari Akhirat.

Got this tazkirah from my Year Planner Book..mugkin ada yang dah tahu..mungkin juga tidak. so, diharapkan dengan terpaparnya entry ni dapat memberi satu 'ilmu baru kepada kita tentang MUSUH ALLAH & MANUSIA ini..sama-sama lah jauhkan diri kita dari SYAITAN LAKNATULLAH.. Actually baru habis kelas Political Thought 1 td..blajor pasal CICERO..(sounds like cicak hihiBig Smile). hmm..Cicero ni write about LAW OF NATURE..or NATURAL LAW. kalo dalam Melayunye..HUKUM ALAM la..sume orang macam blurr je dalam kelas td masa awal-awal Miss cakap pasal Nature of Law nih. hehe..padahal benda simple je..yela, kalo dalam Arab nye plak, macam Sunnatullah..apa saja yg dah ada dan berlaku di bumi ni memang dah ditentukan Allah..matahari terbit pada awal pagi, terbenam bila menjelang petang. Lelaki, kahwin dengan perempuan. if not, for sure takkan dapat baby. (so, memang rugi & pelik la kalo ada lelaki yg minat kaum sejenis dengannya, begitu jugak perempuan yg meminati perempuan jugak). semua yg berlaku ada aturannya yg tersendiri..kita sebagai manusia memang takkan dapat ubah & lari dari Hukum Alam yg telah ditentukan oleh ALLAH..terutamanya...MATI..Smile

Hmm,semalam sebenarnya BIRTHDAY sahabat saya yg dah lama tak diketemui..just tgk pic die kat friendster je..now she's studying at UPSI..HAPPY BELATED BIRTHDAY TO FAZLINA ILIANI..Wink Esok ada birthday org lain plak..sape ye? TUNGGGUUUUTongue

Sekian,
WassalamSmile


Posted at 01:59 pm by ibrah_rauhah
Comment (1)  




Next Page

ÀBõÚT MÊ

~Nurul Izzah binti Bakar~
~Dungun,Terengganu~
~nawwal/Ulfah/audadi~
~anak sulung drpd (20-18) adik-beradik

EdÜcÁtiÕn

  • 1991-->Tadika Yayasan Islam Terengganu cawangan Dungun

  • 1992-1997-->S K Sura,Dungun

  • 1998-2002-->SMK(A) Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu

  • 2003-2005-->Pusat Matrikulasi UIAM,Petaling Jaya

  • 2005 until now --> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak
    Major : Qur'an
    Minor : Political Science



  • << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    ++ îKhWÃh ++


    ::HAYYI::
    ::Dr.KADIR::
    :: AMIN::
    :: DHANY::
    ::ALI RAJAIE::
    :: ICE SOUL::
    ::ZIKRI::
    ::EHSAN IBN ZAID::
    ::MUHTAR SUHAILI::

    ++AkHØwÄT++

    ~'AiN~
    ~'aLyAa~
    ~AiMi a.k.a StEfaIsLe~
    ~DiYaNa~
    ~zAaTiL~
    ~InTaN~
    ~WaNie~
    ~iLi RaIhAnA~
    ~mAwArNi~
    ~KaK DaYaH~
    ~Kak AiZaN~
    ~kak mArDiAnA~
    ~kak HaNnAh~


    ++MoTiVaTiOn??hErE!!++
    www.drtuah.com

    ++ 'iLmIaH LiNkS ++
    << Islamic Novels>>

    << islamonline.net >>

    << kisah-kisah dr al-Quran >>

    ++ OtHeR bEsT LiNkS ++
    .: friendster :.
    .: Ma'ruf Club IIUM :.
    .: IRKtech :.
    .: Kelab Teman Inteam :.
    .: JAKIM :.
    .: alwan comics :.
    .: AnimationLibrary :.


    Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
    Dia milikku, tercipta untukku
    Satukanlah hatinya dengan hatiku
    Titipkanlah kebahagiaan
    Ya Allah, ku mohon
    Apa yang telah Kau takdirkan
    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
    Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
    Pelihara daku dari kemurkaanMu
    Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
    Beri kekuatan jua harapan
    Membina diri yang lesu tak bermaya
    Semaikan setulus kasih di jiwa
    Ku pasrah kepadaMu
    Kurniakanlah aku
    Pasangan yang beriman
    Bisa menemani aku
    Supaya ku dan dia
    Dapat melayar bahtera
    Ke muara cinta yang Engkau redhai
    Ya Allah, ku mohon
    Apa yang telah Kau takdirkan
    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
    Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
    Pelihara daku dari kemurkaanMu
    Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
    Engkau sahaja pemeliharaku
    Dengarkan rintihan hambaMu ini
    Jangan Engkau biarkan ku sendiri
    Agarku bisa bahgia
    Walau tanpa bersamanya
    Gantikanlah yang hilang
    Tumbuhkan yang telah patah
    Ku inginkan bahgia
    Di dunia dan akhirat
    PadaMu Tuhan ku mohon segala

    ~Dòå SëøRÅnG KêkÃsîH~


    AKU, KAU TATAPI KEMBALI
    Waktu engkau masih kanak-kanak,
    AKU laksana kawan sejatimu,
    Dengan wudhu', AkU kau sentuh,
    Dengan suara lirihmu, AKU kau baca,
    Setelah selesai AKU kau kucupi mesra
    Sekarang kau telah dewasa,
    Diriku kian kau lupa,
    AKU kau biarkan sendirian,
    Di dalam laci, dia atas almari, AKU kau pendamkan,
    Apakah AKU kau anggap
    Bahan bacaan usang yang patut diabaikan
    Pabila sampai waktunya
    AKU kau tinggalkan?
    Ingatlah..duhai temanku,
    Jika AKU kau baca dan hayati selalu,
    Di kuburmu nanti,
    AKUlah pembela buat dirimu,
    Akan kuhadir di sisimu,
    Sebagai pemuda gagah nan berseri wajah,
    Yang sentiasa setia melindungi dan menemanimu,
    Dalam perjalanan ke alam abadi,
    Dan AKUlah 'AL-QURAN' kitab sucimu,
    Tatapilah aku kembali,
    Bacalah aku setiap hari,
    Jangan AKU kau tinggalkan lagi,
    Dalam bisu dan sepi............



    CInTa YaNg SeJaTi HaNyA cInTaKaN iLaHi, cInTa AyAh BoNdA TuLuS sUcI SeLaMaNya, CiNtAkAn sAuDaRa MaSa BeRaDa HaNyA sEmEnTaRa, cInTa SeSaMa InSaN sUbUrKaN dEnGaN KeTaQwAaN..

    NNatural
    UUnreal
    RRadical
    UUnreal
    LLively
    IInsane
    ZZany
    ZZonked
    AAmazing
    HHumorous

    Name / Username:

    Name Acronym Generator
    From Go-Quiz.com

    myspace code
    Myspace Codes: MyNiceSpace.com



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed