Salam..
Alhamdulillah, bertemu lagi. Actually dah kat rumah ni..kebetulan balik dengan family malam tadi coz my dad got meeting at KL yesterday. At first teragak-agak jugak nak balik, tapi bila fakir banyak kali, balik jela dengan family. Terpaksa la 'burn' kan tiket huhu. Apapun, hari ni adalah hari pertama bagi tahun baru mengikut calendar Islam.. bulan Muharam 1428 Hijriah. Sama-sama lah kita mengenang dan mengambil iktibar sirah Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah dalam perjuangan baginda, para sahabat serta seluruh muslimin dan muslimat dalam menegakkan Islam dan berhijrah ke kota Madinah al-Munawwarah. Dan di sini ana suka lah nak singkap kembali di antara insiden ketika perjalanan Nabi dari Makkah ke Madinah iaitu sang cicak yang hampir membocorkan rahsia kedudukan Nabi di dalam gua. Kalau kita lihat di sini, ternyata bahawa cicak itu sebenarnya bukanlah haiwan yang baik kerana ia membuat bising dan hampir membocorkan rahsia kepada kaum Musyriqin Makkah. Justeru itu, adakah kita perlu mengagung-agungkan cicak sebagai haiwan yang berjasa? Hmm..CICAKMAN..hero baru di negara kita. Saya pun tidak faham kenapa pelu diambil cicak sebagai ikon hero untuk membantu insan lain? Terbalik pulak ye..sebab orang Barat menjadikan labah-labah sebagai hero, tetapi orang Malaysia mengambil cicak sebagai ikon hero. Sungguh berbeza antara CICAKMAN dan SPIDERMAN..banyak lagi haiwan lain, tidak sepatutnya cicak dijadikan sebagai sumber inspirasi.

Semoga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih soleh/solehah , bertaqwa dan lebih berusaha dalam apa saja yang kita lakukan, ikhlas kerana Allah Ta'ala..

Sekian,
Wassalam..
Posted at 08:38 pm by
ibrah_rauhah