Monday, February 19, 2007
Laye Cine..hUhU

ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

Alhamdulillah, bertemu lagi..kali ini dengan entry baru lagi..tapi soryla kalau tak best. erm..actually tak balik bercuti pun, just stay kat kampus je spanjang cuti raya cina ni..lagipun mak cakap "takpela tak balik pun..kita bukan nak sambut Raya Cina"Tongue habiskan cuti dengan kerja2 yang berfaedah..berkerja di ofis SRC hehe..campur pulak dengan urusan study yang pasti takkan bertemu penghujungnya..buat bonda tersayang di rumah,I MISS U SOOOOO MUCH!!!huhucry juga ayahnda dan adindaku..buat bonda, terimalah ini dariku..


-SEGENGGAM TABAH, inteam-

Ni ada tazkirah sikit..

Lelaki tidak sanggup
Oleh Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Lelaki yang terlanjur dengan pasangannya hingga mengandung lebih rela melarikan diri daripada bernikah kerana menganggap perbuatan itu umpama ‘memikul biawak hidup’.

Perkara itu terbukti kerana dalam tempoh 50 tahun, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri ini hanya berjaya menguruskan pernikahan 11 pasangan yang terlanjur daripada 177 aduan yang diterima.

Pengerusi Perkim negeri, Datuk Siti Rahmah Kassim, berkata jumlah yang terlalu sikit itu membimbangkan apabila tiada seorang pun teman lelaki wanita yang mengandung sanggup bernikah dengan pasangannya.

Katanya, kebanyakan wanita yang mengandung anak luar nikah datang ke Perkim meluahkan rasa kesal menyerahkan maruah diri selepas dipujuk teman lelaki.

“Kekesalan itu semakin ketara apabila teman lelaki tidak sanggup bernikah walaupun mengetahui pasangannya sudah mengandung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Siti Rahmah berkata, teman lelaki wanita terbabit pula kerap menyalahkan pasangannya dengan menganggap ia bukan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

“Sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan anak hasil hubungan luar nikah itu diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya.

Katanya, tindakan itu diambil kerana wanita terbabit tidak berupaya membesarkan anak luar nikahnya tanpa pasangan.

Selain itu, Siti Rahmah berkata, kajian yang dilakukan Perkim negeri ini mendapati sikap kasar ibu bapa selepas mengetahui keterlanjuran anak mereka menyebabkan pasangan kekasih terbabit gagal dinikahkan.

Katanya, ibu bapa dinasihatkan reda dengan kejadian yang berlaku bagi mengelak anak mereka mengulangi perbuatan keji itu diulangi.

“Nikah adalah cara terbaik bagi mengatasi masalah keterlanjuran itu,” katanya.

*Komen saya: La Taqrobuz Zina...kalau terlanjur, nikahlah cepat2..memang itu langkah terbaik..

Ma'assalamah..
WassalamSmile


Posted at 02:30 pm by ibrah_rauhah

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

ÀBõÚT MÊ

~Nurul Izzah binti Bakar~
~Dungun,Terengganu~
~nawwal/Ulfah/audadi~
~anak sulung drpd (20-18) adik-beradik

EdÜcÁtiÕn

  • 1991-->Tadika Yayasan Islam Terengganu cawangan Dungun

  • 1992-1997-->S K Sura,Dungun

  • 1998-2002-->SMK(A) Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu

  • 2003-2005-->Pusat Matrikulasi UIAM,Petaling Jaya

  • 2005 until now --> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak
    Major : Qur'an
    Minor : Political Science



  • << February 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28


    ++ îKhWÃh ++


    ::HAYYI::
    ::Dr.KADIR::
    :: AMIN::
    :: DHANY::
    ::ALI RAJAIE::
    :: ICE SOUL::
    ::ZIKRI::
    ::EHSAN IBN ZAID::
    ::MUHTAR SUHAILI::

    ++AkHØwÄT++

    ~'AiN~
    ~'aLyAa~
    ~AiMi a.k.a StEfaIsLe~
    ~DiYaNa~
    ~zAaTiL~
    ~InTaN~
    ~WaNie~
    ~iLi RaIhAnA~
    ~mAwArNi~
    ~KaK DaYaH~
    ~Kak AiZaN~
    ~kak mArDiAnA~
    ~kak HaNnAh~


    ++MoTiVaTiOn??hErE!!++
    www.drtuah.com

    ++ 'iLmIaH LiNkS ++
    << Islamic Novels>>

    << islamonline.net >>

    << kisah-kisah dr al-Quran >>

    ++ OtHeR bEsT LiNkS ++
    .: friendster :.
    .: Ma'ruf Club IIUM :.
    .: IRKtech :.
    .: Kelab Teman Inteam :.
    .: JAKIM :.
    .: alwan comics :.
    .: AnimationLibrary :.


    Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
    Dia milikku, tercipta untukku
    Satukanlah hatinya dengan hatiku
    Titipkanlah kebahagiaan
    Ya Allah, ku mohon
    Apa yang telah Kau takdirkan
    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
    Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
    Pelihara daku dari kemurkaanMu
    Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
    Beri kekuatan jua harapan
    Membina diri yang lesu tak bermaya
    Semaikan setulus kasih di jiwa
    Ku pasrah kepadaMu
    Kurniakanlah aku
    Pasangan yang beriman
    Bisa menemani aku
    Supaya ku dan dia
    Dapat melayar bahtera
    Ke muara cinta yang Engkau redhai
    Ya Allah, ku mohon
    Apa yang telah Kau takdirkan
    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
    Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
    Pelihara daku dari kemurkaanMu
    Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
    Engkau sahaja pemeliharaku
    Dengarkan rintihan hambaMu ini
    Jangan Engkau biarkan ku sendiri
    Agarku bisa bahgia
    Walau tanpa bersamanya
    Gantikanlah yang hilang
    Tumbuhkan yang telah patah
    Ku inginkan bahgia
    Di dunia dan akhirat
    PadaMu Tuhan ku mohon segala

    ~Dòå SëøRÅnG KêkÃsîH~


    AKU, KAU TATAPI KEMBALI
    Waktu engkau masih kanak-kanak,
    AKU laksana kawan sejatimu,
    Dengan wudhu', AkU kau sentuh,
    Dengan suara lirihmu, AKU kau baca,
    Setelah selesai AKU kau kucupi mesra
    Sekarang kau telah dewasa,
    Diriku kian kau lupa,
    AKU kau biarkan sendirian,
    Di dalam laci, dia atas almari, AKU kau pendamkan,
    Apakah AKU kau anggap
    Bahan bacaan usang yang patut diabaikan
    Pabila sampai waktunya
    AKU kau tinggalkan?
    Ingatlah..duhai temanku,
    Jika AKU kau baca dan hayati selalu,
    Di kuburmu nanti,
    AKUlah pembela buat dirimu,
    Akan kuhadir di sisimu,
    Sebagai pemuda gagah nan berseri wajah,
    Yang sentiasa setia melindungi dan menemanimu,
    Dalam perjalanan ke alam abadi,
    Dan AKUlah 'AL-QURAN' kitab sucimu,
    Tatapilah aku kembali,
    Bacalah aku setiap hari,
    Jangan AKU kau tinggalkan lagi,
    Dalam bisu dan sepi............



    CInTa YaNg SeJaTi HaNyA cInTaKaN iLaHi, cInTa AyAh BoNdA TuLuS sUcI SeLaMaNya, CiNtAkAn sAuDaRa MaSa BeRaDa HaNyA sEmEnTaRa, cInTa SeSaMa InSaN sUbUrKaN dEnGaN KeTaQwAaN..

    NNatural
    UUnreal
    RRadical
    UUnreal
    LLively
    IInsane
    ZZany
    ZZonked
    AAmazing
    HHumorous

    Name / Username:

    Name Acronym Generator
    From Go-Quiz.com

    myspace code
    Myspace Codes: MyNiceSpace.com



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed