Bismillahi wasy syukrulillah..

Alhamdulillah, masih sempat untuk mencoretkan sedikit kata-kata di laman blog ini. Bukan aku tak mahu, tetapi masa begitu mencemburui aku lantaran pelbagai musyaqqoh melanda diriku dan keluargaku 2 minggu yang lalu. Usai sahaja final examku pada 3 April, aku bergegas pulang ke teratak indahku di Dungun, Terengganu pada keesokan harinya. Hatiku melonjak riang untuk bertemu ibu, ayah, adik, makcik, sepupu-sepupuku yang lincah dan saudara maraku yang lain. Sebaik sahaja bas bergerak, aku memaklumkan ibuku bahawa aku telah bertolak.
“selamat pulang dan jadi tukang masak mak”
Aku tersenyum sendirian. Geli hatiku melihat pesanan ringkas (SMS) dari ibuku yang bernada gurauan itu. Tukang masak? Aku bukanlah seorang pakar dalam bidang masakan, setakat lauk-pauk ala Terengganu bolehlaa..
Sekali lagi aku menghubungi ibuku untuk bertanya adakah dia akan menjemputku di stesen bas Dungun nanti. Ibuku hanya menyuruhku turun di depan rumah Makcikku, kerana dirinya tidak sihat malah mendapat MC dari doctor. Oh,ku kira kata-kata ibuku tadi hanyalah gurauan untuk menjadi ‘tukang masak’ untuknya, rupa-rupanya ibuku memang tidak berdaya untuk memasak..Lantas hatiku berdetik bimbang terkenangkan ibu di rumah.
Darah tinggi. Itulah penyakit utama ibuku. Kata ibu, darahnya naik mendadak kerana tekanan kerja dan tertekan kerana sering bersendirian bersama adikku di rumah lantaran ayahku yang sering out station atas urusan kerja. Simpatiku menebal lantas aku tinggalkan saja segala rancanganku untuk bersiar-siar demi menjaga kebajikan ibuku. Hari Khamis, tugasanku sebagai tukang masak bermula. Ibuku sememangnya telah diminta untuk tinggal di wad pada hari tersebut namun dia menolak. Hari Jumaat, itulah hari pertama yang mengundang air mataku untuk mengalir dan terus mengalir. Ibuku terpaksa ditahan di wad. Ayahku redha dan kata ayah, itu adalah lebih baik kerana di hospital pasti segala perkembangan ibuku akan diawasi oleh doktor & nurse. Aku hanya mampu terdiam dan lidahku kelu untuk berbicara. Pantas tanganku menyimpan segala keperluan ibuku untuk bermastautin seketika di wad Hospital Dungun.
Setiap pagi & tengahari ayahku pasti akan menziarah ibu. Aku tidak mengikuti ayah kerana perlu meguruskan segala urusan di rumah. Hanya pada waktu petang aku menziarahi ibu. Selama 2 malam aku menemani ibu di wad lantaran keadaannya yang sungguh lemah. Selama 5 hari ku rasakan hidupku benar-benar tertekan. Bukan tertekan kerana perlu menguruskan rumah, tetapi wajah & jasad ibuku tiada di depan mata. Hampir setiap malam aku menangis teringatkan ibu. Aku juga penat dan geram terhadap karenah adikku yang seolah-olah tidak pernah risau pabila ibu perlu ditahan di wad. Akhirnya pada hari Selasa, ibuku dibenrkan pulang ke rumah. Aku sungguh bersyukur kerana akhirnya ibuku tidak lagi perlu menghadapi kebosanan di dalam wad berbayar itu. Selama 5 hari itu juga aku mula memahami bagaimana peritnya menjadi seorang anak tanpa kewujudan ibu di rumah, lebih-lebih lagi anak perempuan tunggal di dalam keluarga seperti diriku ini. Segala urusan rumah tergalas di bahuku. Terima kasih tidak terhingga buat ayahku yang banyak membantu memudahkan urusanku.
Sebenarnya aku amat berat hati untuk mengatur langkah meneruskan pengajian di semester 3 (short sem) ini kerana kasihankan ibuku. Sepanjang ibu sakit, aku melakukan segala-galanya untuk ibu. Aku bimbang seandainya dengan ketiadaanku nanti akan memberi kesan buruk pada ibu. Namun kesihatan ibu makin baik, bahkan ibu menyuruhku kembali ke taman Ilmu dan Budi ini untuk meneruskan pengajian. Semoga ibuku terus tabah melawan & merawat penyakitnya..ALONG SAYANG MAK!!!!
p/s : maaf andai entry ini hanya melibatkan diriku & famili..
Sekian,
Wassalam