Sunday, January 14, 2007
MoTiVaToR tErHeBaT!!

Salam..

MOTIVATOR TERHEBAT!

         Motivasi. Satu kalimah yang sering didambakan setiap insan. Motivasi mampu meningkatkan semangat. Motivasi mampu menghilangkan kesedihan dan kekecewaan. Motivasi juga mampu membahagiakan dan menunjukkan kelebihan diri. Motivasi juga mampu memberi satu kejutan, malah mungkin satu anjakan paradigma di dalam kehidupan seeorang. Bagaimana untuk mendapatkan motivasi? Darpada siapa? Atau di mana? Motivasi boleh muncul dari diri sendiri, juga boleh didapati dari orang lain. Motivasi tidak semestinya diperolehi dengan menghadiri kursus atau ceramah atau kuliah motivasi, sama ada di tempat yang khusus mahupun melalui corong-corong radio dan televisyen. Motivasi itu subjektif. Diri sendiri boleh memotivasikan anda (sekiranya anda benar-benar seorang yang cepat tersedar dan bangkit dari kesilapan atau kegagalan ), ibu bapa juga boleh menjadi motivator anda, sahabat handai juga boleh memberi motivasi kepada anda, malah yang paling dikagumi, anda boleh mendapatkan motivasi dari PAKAR MOTIVASI yang terkenal dari dalam negara atau luar negara mahupun dari seluruh dunia.

            Namun adakah anda menyedari bahawa telah wujud satu sumber yang sangat agung, melebihi segala motivator yang ada, untuk memotivasikan anda demi menjalani kehidupan anda sehari-hari? Anda mungkin terlupa lantaran telah lama tidak menemuinya, atau mungkin sudah lama tidak menyentuhnya. Mungkin jua sudah lama tidak membelek, menjunjung dan mengupnya. Alangkah berjauh hati dan tersinggungnya dia andai anda melupakannya dan tidak lagi mengendahkannya. Itulah sebenarnya motivator yang paling ulung. Motivator terhebat itu adalah AL-QUR'AN!!! AL-QUR'ANUL KAREEM, di dalamnya terkandung dan terhimpun pelbagai kata-kata peransang , kata-kata pembakar semangat dan juga kata-kata teguran beserta nasihat yang telah diwahyukan oleh ALLAH TA'ALA. Tanpa sebarang kos, bila-bila masa dan ketika, anda boleh mendapatkan motivasi di situ. Setiap ayat punyai maksud tersurat jua tersirat. Setiap surah mampu memberi gambaran tentang sesuatu yang mungkin telah berlalu, sedang berlansung atau yang bakal menjelma. Bermula dari Al-Fatihah hingga Al-Ikhlas, pasti mampu memotivasikan anda. Inilah sebenarnya sumber utama yang mendahului yang lain dalam memotvasikan umat manusia di seluruh dunia.

 

            " Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah)

            dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang

             sabar" (al-Baqarah :153)

 

" Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru

 kepada kebaikan, menyuruh kepada kebenaran dan mencegah daripada

 kemungkaran ; merekalah orang-orang yang beruntung" (ali-Imran : 104)

 

" Kepunyaan Allahlah segala yang di langit dan di bumi ; dan kepada

 Allahlah dikembalikan segala urusan" (ali-Imran : 109)

 

" Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau

memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah

Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" (An-Nisaa' : 149)

 

Demikian antara kata-kata dari Allah yang boleh memotivasikan umat manusia. Jangan sekali-kali AL-QUR'AN itu diremeh-temehkan, diperkotak-katikkan kerana segala yang terkandung di dalamnya adalah kata-kata dari Allah Yang Maha Agung. Sama-samalah kita koreksi diri, sucikan jiwa dan bersihkan hati agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Semoga mendapat istifadah dari artikel nukilan insan dhaif ini..Smile

- NURUL IZZAH BAKAR -™

Islamic Revealed Knowledge and Heritage

International Islamic University Malaysia.

 

20050731_drift_006

 

p/s: 'Tokyo Drift' kat UIA dah berlalu petang td..ALHAMDULILLAH..akhirnya convest Hill tu kembali aman..bolehla saya stay+study di bilik dengan aman dan tenteram..Hurmph nasib baik pagi td saya ke Bengkel Da'ie..hikmah yg sungguh besar sebab Allah tambahkan lagi ilmu dalam berda'wah kpd hambaNYA yg dhaif ini dan  jauhkan saya dari kebisingan kereta-kereta tu..syukuuur..

 

wassalam..Smile

 


Posted at 07:17 pm by ibrah_rauhah
Comments (3)  




Thursday, January 04, 2007
Minggu yang MeMeNaTkAn

Salam..

Eid-ul-Adha Cards

Alhamdulillah dapat bersua kembali. Baru habis kelas 3:30 tadi, pastu gi amik duit kat Atm, pastu bergegas ke AINCOM, kedai komputer dalam UIA ni. Hmm, esok kena bawak Laptop yg dah rosak tu huhu.Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL ADHA buat semua..banyak ke makan daging lembu?Big Smile Mak pun amik bahagian jugak dalam korban tahun ni..alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak tak best sebab kena beraya di Dungun, tak balik kampung kat Kuala Terengganu huhu. ntahla, rasa macam sunyi je raya haji tahun ni..rumah saya pun sunyi. mungkin sebab kucen2 saya dah tinggal 6 ekor je kot, lagi 3 dah mati huhu.sedih jiddancry 

>>Aqiqah<<
Buat Nasuha binti Hussin, my cousin..dah makin besor yek.tapi die ni pelik sikit sebab org lain cukur jambul waktu baby..waktu takleh nak berjalan lagi..tp die terlewat sikit..kenduri 'aqiqah masa umur dah nak masuk 2 tahun hehe. yg penting Cua maintain comey, OK!Wink cuti nanti Along teman Cua kat kedai pulak ye..makan ketupat cicah teh (tak penah dibuat orangTongue) sakit perut saya tahan gelak bila die mintak teh, pastu dicicahnya ketupat tu dalam teh.huhu...so pelik la my cousin niWink

>>TAHUN BARU<<
Selamat Tahun Baru buat semua..apa azam anda tahun ni? Atau mungkin ada azam tahun lepas yg masih tak tertunai?sama-sama kita usahakan ye..Smile Buat adikku, Muhammad Haziq..this year you have to double concentrate to your study..coz u're the candidate of PMR this year! 8A tau!Big Smile (tula, sape suruh tak amik Arab, rugi je blajo mase skoloh rendoh). Jangan ulangi kelemahan kakakmu ni..tapi B.Arab masa PMR dulu A..hehehe..sonang ajoWink buat Abdullah Wafiy...abang si Nasuha..selamat menjalani kehidupan di alam baru. hehe..alam Tadika..Wafiy dah tak boleh nakal2 taau..be a good boySmile 

>> KAMPUS <<
Minggu ni memng memenatkan. walaupun baru 2 hari di UIA ni, tapi perjalanan dari Dungun ke UIA pun memang dah memenatkan. fuh..lama jiddan nak sampai ke Gombak ni. 7jam setengah dalam bas..teruk sangat jam kat tol nak masuk KL..huhu.kat depan UIA pun ja jugak..'ajibtuSurprise Apepun, hidup perlu diteruskan..tugas utama sebagai pelajar tetap dihayati dan diteruskan..esok ada Quiz subjek History..next week ada Quiz subjek Political Thought 1 Tuesday..pastu midterm Ayat al-Ahkam on Friday..Innallaha ma'as sobireenBig Smile saya memang agak takut dengan akademik ni..do'akan saya..

>> TAZKIRAH <<
" it takes years of work to make an overnight success"

"the road to success is always UNDER CONSTRUCTION"

sekian..
Ma'assalamah..
WassalamSmile


Posted at 02:06 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Monday, December 18, 2006
UsAh TeRLaLu BeRhArAp..

Salam..

Erm..tajuk kat atas tu bukan pasal bercinta or what so ever..cuma saya nak tegur la sikit budaya orang yang suka sangat mengharap pada orang lain. i mean, diri sendiri pun perlu la berusaha untuk mendapatkan sesuatu, jangan asyik nak harapkan orang saja..contohnya?sungguh simple...Newspaper. kekadang saya naik muak pabila ada rakan yang selalu bertanya 'beli suratkhabar tak hari ni?' adeyh..kekadang tu terasa terbakar juga hati ni. iyela, macam saya ni kilang suratkhabar pulak. sabar jela...KOSMO! tu 50sen je..janganla nak harapkan org lain sangat, beli la sendiri..tak membazir pun duit tu kalau setakat beli newspaper -luahan hati dan perasaan-

LAPTOP..or PC..sumthing dat very important nowadays for university students..y? for ASSIGNMENTS la huhu..tension betol kalu tingat pasal Laptop nih. i miss my laptop!!!huhu cry buat kekawan yg punya laptop, please take a very goooood care of your laptop. coz perampok sentiasa ada di sana sini. dan buat insan-insan yang pinjam laptop orang, anda PERLU & MESTI menjaga barang orang dengan sebaik mungkin, penuh hati-hati. Kalau sesiapa yg masih tak tahu, LAPTOP ni sangat sensitif. takleh terhentak sikit, kerosakan mungkin akan terjadi. laptop ni bukannya macam barangan plastik, kalau rosak dan pecah pun mudah dicari, murah pulak tu. kalau hilang camane? eee..pantang betul saya kalau orang pinjam barang kesayangan saya tapi tak jaga dengan baik. tinggal camtu je dalam bilik, open. sesapa je buleh curi waaa!! geram2 Hurmph  dats y saya simpan je laptop kat rumah, tapi masalahnya assignments banyak in Arabic, kalau sume in English takpela, masuk lab/ cc tu jap je..huhu. saya pasti bukan saya je insan yg hadapi keadaan macam ni, malah ramai lagi pemilik laptop yg lain. Apepun, fikirkan langkah yg lebih bijak untuk hadapi kesukaran ini..Allah bagi akal yang sangat bermanfaat untuk manusia, so gunakanlah dengan sebaiknya.. insya AllahSmile

Friend For Life ! Celebrate the special bond you share with your best girl friend with this touching message.
FRIENDSHIP...

eheh..ni kisah suka pula..sabtu yg lepas saya mendapat tetamu dari Kuantan..my junior..Ili Raihana..sempat teman ili ke rumah kawannya merangkap kenalan saya jugakla hehe. Alhamdulillah, best ke sana..kejap je..walaupun family die ajak tido sana, tapi seganlah. saya cuma nak kongsi tentang penerimaan kita sebagai tuan rumah dan juga adab kita sebagai tetamu..sebagai tetam, seboleh2nya janganla menyusahkan tuan rumah..sebaiknya tolongla apa yang patut yek (except tuan rumah memang singguh2 hati tak bagi kita tolong hehe). lagi satu, menziarah pun biarlah pada waktunya..kita pun kena fikir kondisi tuan rumah juga..kan?Smile saya memang memuji(dalam hati) family kawan Ili tu sebab walaupun kaya-raya, tapi mereka tak sombong, sebaliknya mesra dan ramah dengan tetamu..jenuh juga kena makan nasi huhu..banyak pulak tuTongue apapun Alhamdulillah, kami pergi dan pulang ke kampus dengan selamat walaupun masa on the way ke rumah dia memang dah cuak kalau kena tipu dek pakcik teksi tu huhu..

Ok, nampaknya itu saja..maafla kalau ta berapa ilmiah..cuma nak kongsi sketsa kehidupan masyarakat bersama..siiru 'ala barakatillah..Smile

Ma'assalamah,
Wassalam ^_^

 


Posted at 10:28 am by ibrah_rauhah
Make a comment  




Thursday, December 07, 2006
Today..

Salam..

Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan kepada kita untuk terus menatap dunia ciptaan-NYA ini..Smile hari ini saya tak berapa sihat..malam td macam nak demam, ni dah jd 3/4 nak demam la ni..jap lagi nak gi beli panadol. Dahla kelas pukul 2:00-3:30 tadi sejuuuuuuuk jiddan2 huhu. next time better bring sweater la to that class..huhu. tp best blajar td, klas Political Thought 1, Madam Aldila Ishak Smile suka dengar suara lantang die...for sure tak ngantuk! Wink Although she's quite strict, but I love the way she taught..informative and suspense. hehe Big Smile tadi blajar pasal PLATO..a Grrek philosopher, rite? veru famous with his 'REPUBLIC' book! according to him, he divided humans in state into 3 groups. the 1st one is Philosopher King, the 2nd one is Guardians and the last one is Artisans. Philosopher King is the group that vewy wise and knowledgeable, like Mujtahid. the Guardians are the armies and soldiers which need to protect the state with their courage, while the artisans are the group of people that provide or produce something to the others, like the carpenter, butcher, tailor, doctors and so on. or in the other hand, Artisans are the group of workers, including the beggars.

wah, rasa macam jawab Quiz plak heheh Tongue actually masuk2 je klas td, terus madammintak all students take out a piece of paper, and then write a paragraph for each term ( Epistemology, Worldview & Paradigm). best jugak kelas macam tu ek?hehe.

oklah, that's all about me for today..ni dah makin teruk selsema ni, kena cepat2 makan ubat, moga Allah sembuhkan sakit ni..

JUST TO SHARE..

 Hello There Nice  Person
          Did Anyone  Ever Tell You,

           Just  How Special You Are

            The Light that You Emit

          Might even Light a Star
 

             Did Anyone Ever Tell You

           How Important You Make Others Feel

      Somebody out here is Smiling

       About Love that is so Real
 

     Did Anyone Ever Tell  You

      Many Times, When  They were Sad

      Your E-mail made Them Smile a bit

         In Fact It made Them Glad
 

           For the Time You Spend Sending Things

         And Sharing whatever You Find

        There are No Words to Thank You

         But Somebody, Thinks You're Fine

           Did  Anyone Ever Tell You
 

        Just How Much They Like You

      Well, My Dearest " Online " Friend

           Today I am Telling You

        I HOPE I GET THIS BACK

             I believe that without a

        friend you are missing out on a lot!!!
 

          Have a nice day, and I'm glad we are 
  friends!!!

That's all..
Ma'assalamah..
WassalamSmile


Posted at 02:20 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Wednesday, November 22, 2006
BoRiNg!!

Salam..Smile

 

 

 

                              

 

Selamat malam..alhamdulillah, masih berpeluang kali ini untuk kembali mencoret sesuatu di blog yang tak berapa cantik ni hehe. Alhamdulillah, saya telah berada di rumah sejak Khamis yang lepas. Mula-mula, nak balik naik bas tapi akhirnya pulang bersama ayah kerana ayah secara kebetulan ada meeting di KL, meeting bersempena keputusan UPSR baru-baru ini. Waduh..sibuk betul ayah. Sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Dungun, saya lah yang menjadi assistant ayah di dalam kereta. Handset ayah takhabis-habis asyik berbunyi. Kejap ada sms, kejap ada call. Bak kata 'Ain, 'izzah memang sesuai jadi S/U' hehe..nampaknya begitulah…tak caye tanya la Tengku, dia pun ada dalam kereta masa tu hehe. Hehehe..akhirnya sampai jua saya di rumah Tengku..owh, terlupa pula tumbdrive Tengku ada pada saya. Bila la agaknya nak ke rumah Tengku pulak ye? Insya Allah saya akan ke rumah dia..tapi mungkin bukan dalam waktu ini kerana ayah berada di Australia sekarang atas urusan kerja.. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang hantar ayah & beberapa orang pegawai lain ke sana. Hehe..tak sabar nak tunggu ayah balik! ^_^ nak koala..hihi. (saya bukannya materialistik, tapi ayah dah janji nak belikan heheBig Smile).

 

Hari ini saya sangat bosan. Inilah satu-satunya peluang yang saya ada untuk menggunakan laptop saya ni sebab ada budak bertuah yang tak habis-habis nak conquer laptop nih. Geram betul saya huhu. Sememangnya saya rasa mahu pulang ke UIA secepat mungkin kerana sangat bosan di rumah. Saya agak tidak tenteram di rumah kerana ada perkara yang membuatkan saya tidak tenang. Bising bangat! (ni terpengaruh dengan Bawang Merah Bawang Putih la ni hehe).

 

Hmm..nampaknya saya perlu berhenti di sini untuk seketika. Ibu saudara telah tiba, ada perkara yang perlu dilaksanakan. Minggu depan saya akan sibuk bersama keluarga ibu saudara saya kerana bapa saudara saya akan merasmikan kedai barunya..jual moto hehe. Siapa-siapa nak beli moto bolehla datang ke Dungun! Hihi.

 

Ok, jumpa lagi..Smile

Ma'assalamah,

Wassalam.


Posted at 09:41 pm by ibrah_rauhah
Comment (1)  




Saturday, November 04, 2006
RAYA..PERIKSA hehe

salam..

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira...

Hehe..bertemu kembali..hmm,biasa dengar lagu di atas?mesti biasa kan?lagu yg happy-go-luckyWink Erm..raya dah disambut..tp suasana raya tu tetap ada di mana2..kan?cumanya, raya tahun ni adalah raya yang paling tak best bg diri saya sebab tak dapat nak beraya di kampung..kali ke-2 kena raya kat rumah sendiri atas sebab yang sungguh menyedihkan.huhu.takleh cite, private and confidential.dulu yara kat rumah sebab mak sakit, masuk ward..tp kali ni sebab lain..apepun, rumah saya tetap meriah dengan tetamu sepaerti tahun-tahun sebelum ni..tak menang tangan dibuatnya!Big Smile (tenaga 'pekerja' wanita kan 2 org je..huhu..me and my mumTongue ) ayah plak jd 'jurucakap produk' hihi..(jahat tak saya?Tongue) bukan apa, saya kata camtu sebab ayah saya tu peramah..dia la yang ceria dok melayan tetamu..macam2 topik dibincangkan..sampai isu Tun Mahathir & Pak Lah pun ada..ayah..ayah..Wink 

OKla..exam pula..alhamdulillah, my first paper dah berlangsung semalam..Big Smile alhamdulillah, ok je..lusa plak my 2nd paper hehe. habis exam 14hb ni..pastu balik rumah plak..miss my family and cats + kitty! meowwwwwwww ^_^

hmm..takat tu jela untuk pertemuan kali ni..ni kat ITD lab nih, nak masuk library plak pasni..Smile gambo-gambo hari raya tak sempat nak upload lagi..insya Allah coming soon hehe..

Buat semua kekawan..
----> Ku, Ila, 'Ain, 'Alyaa, Wa, dan ramaaaaaaaaai lagi..selamat maju jaya diucapkan..tak lupe juga untuk budak Law heheheTongue

Ma'assalamah,
WassalamSmile



Posted at 12:19 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Wednesday, October 11, 2006
Ramadhan diteruskan..

salam..

takde apa sagat nak dicoretkan..
cuma minggu ni banyak kena iftar kat luar bilik.. (huhu tak suke)Sad

selamat meneruskan ibadah puasa..

ni ada sambungan komik, smoga terhibur + dapat ilmu dari nya..Big Smile

Click to view full size image

Ma'assalamah,
WassalamSmile


Posted at 11:14 am by ibrah_rauhah
Make a comment  




Monday, October 09, 2006
HAZE RETURNS!

Salam..

Kaifa hal? kaifa sawm? huhu..ana bilkhair, walakin sakit tekak laa...ni rasanya kesan dari jerebu yang melanda bumi UIA ni..apepun ,pastikan kesihatan anda terjaga, pakai topeng yang disediakan atau yg dijual tu yek! Smile saya dapat 1 td..dalam klas heheh. urm, nape setiap tahun akan ada jerebu?bukan kat Malaysia aje, negara sekitar yang lain pun sama..kan? bulan puasa plak tu..memang mencabar...banyakkan minum air start berbuka sampaila sebelum azan subuh yek hehe Big Smile yela, nak minum siang hari mana boleh kan..Gombak juga mencatat IPU yang tinggi (antara tertinggi di negara)..hmm..bahaya tu..so, sekali lagi, pandai-pandaila jaga kesihatan ye..especially for those who got athma (eh, betul tak eja nih?) Wink 

okla, saya nak coretkan perjalanan hidup hari-hari yang lepas heheh.hari Jumaat yang lepas, saya sempat menziarahi kawan merangkap ex-schoolmate, ex-society mate, dan banyak lagi la ex ex yang lain hihi. 6:15 petang. saya mula menapak dari bilik, menuruni anak tangga 'batu caves' di depan mahallah Nusaibah menuju ke Asiah. Berhenti sekejap di bus stop, nak tunggu kawan..cik 'Ain. owh, 'Ain singgah ka bazar Ramadhan rupanya. Langkah diteruskan, kali ini berhenti pula di mahallah Hafsa, dah berjanji dengan 'Ain nak berjumpa di situ. beberapa minit kemudian, akhirnya muncul la 'Ain dengan wajah kepenatan. Alahai, cian plak sahabatku yang sorang nih. Maka, perjalanan kami yang masih agak jauh itu diteruskan lagi menuju ke mahallah Asiah. Alhamdulillah, tiba jua di bilik kawan..hehe..Cik 'Alyaa the SRC Big Smile waktu tu dah memang nak masuk waktu berbuka. sebaik azan berkumandang, saya baca do'a iftar..dan...makan! Tongue tapi penuh adab sopan..hihihihi...tanpa membuang masa, kami terus solat maghrib berjemaah seusai iftar. huhu, saya juga yang kena jadi imamah. selepas do'a dibacakan, 'Ain tergelak. katanya, "rasa macam duk kat asrama Sheikh Malek dulu la..solat sama-sama.." hikhikhik, saya pun tak dapat nak tahan gelak..waa...hihi. hmm.sembang2, pastu gi solat tarawikh. Mak datuk...lajunye imam tu solat..fuhh, semput nak ikut! macam bullet train! sabor jelaaa..akhirnya usai jua solat..kami pulang ke bilik 'Alyaa..cik 'Alyaa pulak cepat-cepat bersiap. hmm, ada meeting SRC lagi daaa...maka tinggallah kami si tetamu dalam bilik tu Big Smile tapi tak lama pastu, kena jugak keluar bilik sebab nak temankan 'Ain gi CC..kat Asiah takde cc, maka kena la menapak sikit ke mahallah Halimah..sempat tempah makanan kat cafe Halimah hehe. pastu balik bilik..tunggu 'Alyaa si budak comel yang tak balik-balik lagi..pukul 12:45 baru nampak kelibat die..adoooi..busy betol laaa...tapi itu memang lumrah sape-sape yang jadi member SRC..hmm..sembang lagi..tido lewat. tapi..sahur tetap kami bangun..hehe. solat berjemaah juga, 'Ain plak jd imamah Big Smile petangnya, kami ada iftar..pegi sama-sama..then, balik mahallah masing-masing hehe. 'Alyaa? hmm..dia ada meeting pulak malam tu..biasalah tu..saya pun sibuk meeting jugak Tongue 

Hmm..a sweet memory..takkan dilupakan..walaupun satu U, tapi mahallah jauh-jauh, terpaksa wat janjitemu baru boleh jumpa lama-lama..cobaaan.. Wink 

p/s : To Mr. Hayyi..we all tak buat 'ketupat' tau..kalau nak ketupat tunggu hari raya kekgi laaaa Tongue 

Moral value : iftar sama-sama sungguh menceriakan, solat berjema'ah dapat tingkatkan pahala dan kekuatan, sahur ada barakahnya, ziarah sahabat pun dapat pahala selain kita mengeluarakn dosa-dosa dari rumah sahabat yang kita ziarah tu..Smile 

Waa..dok sabor nok balik rumoh..huhu..nok buke pose kat rumoh..(sorry, loghat tranung) senyum sokmo Smile 

Owh, sebelum saya noktahkah kata-kata..ada junior cadangkan saya masukkan komik kat blog saya ni..sebagai penghargaan di atas idea yang bernas itu..saya setakan di sini..hehehe..dari Alwan Comics! Big Smile

adikku01.jpg

*to be continued..hehe

Sekian dari saya..insya Allah andai ada kesempatan saya coretkan lagi di sini..

Ma'assalamah,
wassalamSmile


Posted at 11:45 am by ibrah_rauhah
Comments (4)  




Wednesday, October 04, 2006
Kucen oh Kucen..

Salam..

Ramadhan Kareem buat semua..
Saya baru berkesempatan nak update blog ni..ntahlah, akhir2 ni saya kekeringan idea untuk mencoretkan kata-kata di sini..bulan Ramadhan ni asik berkurung kat bilik je huhuh. kesihatan pun tak stabil..dah hampir pengsan 2 hari lepas..doakan saya..taktaula sakit apa saya ni..

huhu..nak kucen saya kat rumah dah mati sekor..mak cakap kucen tu sakit mata..huhu..kucen comey dah mati huhuh cry minggu ini sungguh sedih..macam2 berlaku..semoga saya masih kuat untuk teruskan hidup lebih2 lagi di bulan Ramadhan al-Mubarak ni..

Nak balik rumah..miss my mum, my dad, my bro..and also my kitties yang 11 ekor tu huhuh.

Go to fullsize image

Tazkirah di malam hari..
 --> jangan lupa bangun sahur..dalam sahur itu ada berkatnya..even just minum air kosong...selamat berpuasa dari saya..

Wassalam..


Posted at 10:55 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Tuesday, September 26, 2006
dunno..

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh..

Really 'Beary' Sorry ! Express your feelings to your friends/ sweetheart/ near ones with this ecard that says 'Sorry'.

actually i really dunno wut to say..after program besar IRK (National Islamic Studies Convention), ingatkan hidup dah kembali aman..upenye masih banyak yg perlu dihadapi huhuhuhuuu..last week, campus election..this week dah start Ramadhan al-Mubarak, and also pre-registration..ni tak habis plan lagi nih. rasanya macam beku plak otak ni waaa!! sungguh serabut sejak kebelakangan nih. sorry kpd kawan2 yg mungkin terasa hati sbb rasanya mood saya agak teruk kebelakangan ini..taktau nape..insya Allah saya akan update lagi..

Anyway, CONGRATULATION to my close friend, Cik 'Alyaa Zahidah Mohd Zuhari,she has been selected as one of the members for Students Representative Council (SRC).

Business And Workplace An array of cute, classy and animated ecards to congratulate your colleague/ business partner. [ 20 cards ]

ehe, tak sia2 tolong promote achu yg soram niBig Smile ok, masih banyak keje nak di setelkan, kena amik makanan sahur kat cafe dulu, pastu naik bilik, wat keje..then, titon! bangun sahur + amalan lain insya Allah..maslah peribadi pun makin mengganggu..doakan saya...

p/s: ' Ain izah dah update ni, ikutkan hati tiap2 hari nak update, namun apakan daya tak sempat n kekadang tak sihat huhu.

Ma'assalamah,
WassalamSmile


Posted at 10:57 pm by ibrah_rauhah
Make a comment  




Previous Page Next Page

ÀBõÚT MÊ

~Nurul Izzah binti Bakar~
~Dungun,Terengganu~
~nawwal/Ulfah/audadi~
~anak sulung drpd (20-18) adik-beradik

EdÜcÁtiÕn

  • 1991-->Tadika Yayasan Islam Terengganu cawangan Dungun

  • 1992-1997-->S K Sura,Dungun

  • 1998-2002-->SMK(A) Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu

  • 2003-2005-->Pusat Matrikulasi UIAM,Petaling Jaya

  • 2005 until now --> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak
    Major : Qur'an
    Minor : Political Science



  • << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    ++ îKhWÃh ++


    ::HAYYI::
    ::Dr.KADIR::
    :: AMIN::
    :: DHANY::
    ::ALI RAJAIE::
    :: ICE SOUL::
    ::ZIKRI::
    ::EHSAN IBN ZAID::
    ::MUHTAR SUHAILI::

    ++AkHØwÄT++

    ~'AiN~
    ~'aLyAa~
    ~AiMi a.k.a StEfaIsLe~
    ~DiYaNa~
    ~zAaTiL~
    ~InTaN~
    ~WaNie~
    ~iLi RaIhAnA~
    ~mAwArNi~
    ~KaK DaYaH~
    ~Kak AiZaN~
    ~kak mArDiAnA~
    ~kak HaNnAh~


    ++MoTiVaTiOn??hErE!!++
    www.drtuah.com

    ++ 'iLmIaH LiNkS ++
    << Islamic Novels>>

    << islamonline.net >>

    << kisah-kisah dr al-Quran >>

    ++ OtHeR bEsT LiNkS ++
    .: friendster :.
    .: Ma'ruf Club IIUM :.
    .: IRKtech :.
    .: Kelab Teman Inteam :.
    .: JAKIM :.
    .: alwan comics :.
    .: AnimationLibrary :.


    Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
    Dia milikku, tercipta untukku
    Satukanlah hatinya dengan hatiku
    Titipkanlah kebahagiaan
    Ya Allah, ku mohon
    Apa yang telah Kau takdirkan
    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
    Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
    Pelihara daku dari kemurkaanMu
    Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
    Beri kekuatan jua harapan
    Membina diri yang lesu tak bermaya
    Semaikan setulus kasih di jiwa
    Ku pasrah kepadaMu
    Kurniakanlah aku
    Pasangan yang beriman
    Bisa menemani aku
    Supaya ku dan dia
    Dapat melayar bahtera
    Ke muara cinta yang Engkau redhai
    Ya Allah, ku mohon
    Apa yang telah Kau takdirkan
    Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
    Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
    Pelihara daku dari kemurkaanMu
    Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
    Engkau sahaja pemeliharaku
    Dengarkan rintihan hambaMu ini
    Jangan Engkau biarkan ku sendiri
    Agarku bisa bahgia
    Walau tanpa bersamanya
    Gantikanlah yang hilang
    Tumbuhkan yang telah patah
    Ku inginkan bahgia
    Di dunia dan akhirat
    PadaMu Tuhan ku mohon segala

    ~Dòå SëøRÅnG KêkÃsîH~


    AKU, KAU TATAPI KEMBALI
    Waktu engkau masih kanak-kanak,
    AKU laksana kawan sejatimu,
    Dengan wudhu', AkU kau sentuh,
    Dengan suara lirihmu, AKU kau baca,
    Setelah selesai AKU kau kucupi mesra
    Sekarang kau telah dewasa,
    Diriku kian kau lupa,
    AKU kau biarkan sendirian,
    Di dalam laci, dia atas almari, AKU kau pendamkan,
    Apakah AKU kau anggap
    Bahan bacaan usang yang patut diabaikan
    Pabila sampai waktunya
    AKU kau tinggalkan?
    Ingatlah..duhai temanku,
    Jika AKU kau baca dan hayati selalu,
    Di kuburmu nanti,
    AKUlah pembela buat dirimu,
    Akan kuhadir di sisimu,
    Sebagai pemuda gagah nan berseri wajah,
    Yang sentiasa setia melindungi dan menemanimu,
    Dalam perjalanan ke alam abadi,
    Dan AKUlah 'AL-QURAN' kitab sucimu,
    Tatapilah aku kembali,
    Bacalah aku setiap hari,
    Jangan AKU kau tinggalkan lagi,
    Dalam bisu dan sepi............



    CInTa YaNg SeJaTi HaNyA cInTaKaN iLaHi, cInTa AyAh BoNdA TuLuS sUcI SeLaMaNya, CiNtAkAn sAuDaRa MaSa BeRaDa HaNyA sEmEnTaRa, cInTa SeSaMa InSaN sUbUrKaN dEnGaN KeTaQwAaN..

    NNatural
    UUnreal
    RRadical
    UUnreal
    LLively
    IInsane
    ZZany
    ZZonked
    AAmazing
    HHumorous

    Name / Username:

    Name Acronym Generator
    From Go-Quiz.com

    myspace code
    Myspace Codes: MyNiceSpace.com



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed