|
ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
Alhamdulillah, bertemu lagi..kali ini dengan entry baru lagi..tapi soryla kalau tak best. erm..actually tak balik bercuti pun, just stay kat kampus je spanjang cuti raya cina ni..lagipun mak cakap "takpela tak balik pun..kita bukan nak sambut Raya Cina" habiskan cuti dengan kerja2 yang berfaedah..berkerja di ofis SRC hehe..campur pulak dengan urusan study yang pasti takkan bertemu penghujungnya..buat bonda tersayang di rumah,I MISS U SOOOOO MUCH!!!huhu juga ayahnda dan adindaku..buat bonda, terimalah ini dariku..
 -SEGENGGAM TABAH, inteam-
Ni ada tazkirah sikit..
Lelaki tidak sanggup Oleh Sulaiman Salleh
SEREMBAN: Lelaki yang terlanjur dengan pasangannya hingga mengandung lebih rela melarikan diri daripada bernikah kerana menganggap perbuatan itu umpama ‘memikul biawak hidup’.
Perkara itu terbukti kerana dalam tempoh 50 tahun, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri ini hanya berjaya menguruskan pernikahan 11 pasangan yang terlanjur daripada 177 aduan yang diterima.
Pengerusi Perkim negeri, Datuk Siti Rahmah Kassim, berkata jumlah yang terlalu sikit itu membimbangkan apabila tiada seorang pun teman lelaki wanita yang mengandung sanggup bernikah dengan pasangannya.
Katanya, kebanyakan wanita yang mengandung anak luar nikah datang ke Perkim meluahkan rasa kesal menyerahkan maruah diri selepas dipujuk teman lelaki.
“Kekesalan itu semakin ketara apabila teman lelaki tidak sanggup bernikah walaupun mengetahui pasangannya sudah mengandung,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Siti Rahmah berkata, teman lelaki wanita terbabit pula kerap menyalahkan pasangannya dengan menganggap ia bukan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
“Sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan anak hasil hubungan luar nikah itu diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya.
Katanya, tindakan itu diambil kerana wanita terbabit tidak berupaya membesarkan anak luar nikahnya tanpa pasangan.
Selain itu, Siti Rahmah berkata, kajian yang dilakukan Perkim negeri ini mendapati sikap kasar ibu bapa selepas mengetahui keterlanjuran anak mereka menyebabkan pasangan kekasih terbabit gagal dinikahkan.
Katanya, ibu bapa dinasihatkan reda dengan kejadian yang berlaku bagi mengelak anak mereka mengulangi perbuatan keji itu diulangi.
“Nikah adalah cara terbaik bagi mengatasi masalah keterlanjuran itu,” katanya.
*Komen saya: La Taqrobuz Zina...kalau terlanjur, nikahlah cepat2..memang itu langkah terbaik..
Ma'assalamah.. Wassalam
|