Entry: FiNaL ExAmKu.. Friday, March 30, 2007



            

           Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah pada hari ini. Masih jua dapat meneruskan saki-baki final exam untuk semester ini. Hari ini paper ke-4. Subjek Ayat Al-Ahkam, my major subject, Qur'an. Exam pada pukul 9:00 pagi. Oh..exam pagi memang mencabar. Mencabar kerana perlu bertarung dengan fitrah manusia, mengantuk. Namun exam perlu diutamakan. Aku benar-benar mengantuk lantaran tidurku yang lewat pada malam tadi. Subjek ini adalah subjek kedua yang aku takuti pada semester ini selepas Arabic For Islamic Studies 3. Benar-benar menakutkan kerana subjek ini quite tough. Tak dapat dibayangkan bagaimana pula halnya subjek major yang lain yang bakal aku hadapi pada 3rd and 4th year nanti. Seram sejuk jadinya bila difikirkan.

           Exam pada pagi tadi betulbetul mencabar kesabaran dan kekuatan imanku. Sodiqahku di belakang sudah berbisik-bisik "soalan dia…susah naa". Tuturnya dalam loghat Kedah. Ternyata dia sudah terlebih dahulu melihat soalan sejurus tiba di tempatnya. Kalau diikutkan peraturan, memang tidak boleh melihat soalan sebelum dibenarkan. Namun bagiku, tidak luak pun jika soalan dilihat. Bukannya salah kerana pelajar bukannya berbuat apa-apa, sekadar melihat soalan. Jadi tindakan sodiqahku aku biarkan sahaja. Salahkah aku?  Lantas aku hanya tersenyum memandangnya dibelakang bagi menutup rasa gundahku ini. Tidak mengapa, akan ku cuba sehabis baik. Insya Allah setiap usaha ada ganjarannya, aku pasti!

9:00 pagi. Kedengaran suara pengawas memberi arahan, tanda bermulanya exam. Sodiqahku yang berada di hadapan kelihatan tenang sambil mebaca do'a sebelum memulakan exam. Ya, dia sememangnya sentiasa tenang. Jarang kulihat kegusaran di wajahnya. Aku turut mengikuti tingkahnya membaca do'a dan selawat sebelum memulakan exam. Semoga Allah permudahkan urusanku. Aku hanya menggeleng lemah tatkala melihat soalan-soalan di hadapanku. Tidak ku duga soalan sesusah itu. Segala dalil yang berkaitan mesti disertakan, itu sudah aku maklum. Namun, ada juga dalil-dalil yang aku tidak mampu mengingatnya hingga ke akhir ayat. Soalan-soalannya berkaitan ZINA , QAZAF ZAUJAH NABI (SAIDATINA AISYAH), ISTI'ZAN LI DUKHUL BUYUT (meminta izin untuk masuk rumah), dan juga LARANGAN MELIHAT PORNOGRAFI. Lantas aku coretkan segala jawapan di kertas soalanku bagi memudahkanku menjawab nanti. Setelah setengah jam berlalu, lalu bermulalah sesi menulis jawapan bagiku. Baru sahaja aku menulis beberapa perenggan, tiba-tiba aku diserang sakit kepala. Ya Allah, dugaan apakah ini? Tak tertanggung rasanya kerana berdenyut-denyut hingga tak mampu ku berfikir malah menulis. Terasa mahu sahaja aku cepat-cepat pulang ke mahallah namun apakan daya, aku baru sahaja berjaya menulis beberapa perenggan. Soalan ijbari (wajib) sungguh susah dan memerlukan jawapan yang panjang beserta penerangan dan dalil.

            Aku cuba menenangkan diri. Terasa seperti hendak menangis kerana sakit. Lantas aku membuang pandang ke luar dewan, melihat rumput-rumput yang menghijau bersama sinaran matahari yang ceria memancar bumi. Besar sungguh jasa sang matahari kepada manusia dan makhluk Allah yang lain. Maha Suci dan Besarnya Allah! Aku memaksa diriku untuk kembali menulis jawapanku kerana minit dan saat akan terus berdetik hingga ke jam 11:30 pagi. Oh, ada lagi dugaan rupanya! Tiba-tiba aku terlihat kesan titisan air di atas kertas jawapanku. Pelik. Aku mula berfikir dari mana datangnya titisan air tersebut. Aku tidak selsema, malah kalau hujan sekalipun, tempiasnya tidak mungkin hingga masuk ke dalam dewan. Otakku menerima isyarat, lalu terus ku dongak ke atas siling. Rupa-rupanya titisan dari air-conditioner yang mengganggu knsentrasiku menjawab soalan. Aku tidak mengambil pusing situasi itu kerana bagiku ia hanya hal kecil. Bak kata sahabat-sahabatku, "Furu' je tu!". Setelah bertarung selama 2 jam 30 minit di medan imtihan, akhirnya medan itu berjaya ku tempuh. Syukur Alhamdulillah kerana kesakitan yang ku alami hilang dengan sendirinya ketika aku memaksa diriku menulis jawapan. Mungkin berkat berdoa kepada Allah..Jelas kelihatan wajah-wajah tension di sekelilingku, namun ada juga yang tersenyum ceria. Mungkin mereka berpuas hati dengan jawapan mereka. Aku? Hanya Allah dan ustazah yang mengetahui bagaimana jawapanku. Tawakkal setelah berusaha, itulah yang sebaiknya.. Akhirnya aku menghayunkan langkah keluar dari dewan bersama sahabat-sahabatku. Ramai yang mengakui soalan tersebut susah. Aku berasa lega kerana setidak-tidaknya bukan aku sahaja yang merasakan soalan itu susah… Lantas aku meninggalkan dewan dan beransur pulang ke mahallah bersama sahabatku, Ila. One more paper to go! Subjek Tafsir Maudhu'i yang bakal ku tempuh. Tekadku dalam hati!

 

# sodiqah = rakan/kawan/teman/sahabat (perempuan)

# mahallah = kolej kediaman

 

p/s: sekadar melepaskan tension melalui penulisan..penulisan yang tak seberapa..saya bukannya penulis pun..hehe.

   4 comments

audadi
April 10, 2007   08:25 AM PDT
 
kalau diikutkan, mmgla mcm takde dugaan sgt pon..tp tetap mengganggu konsentrasi ana..
tackifire
April 7, 2007   11:57 PM PDT
 
dugaan sungguh ye... :)
audadi
March 31, 2007   01:22 PM PDT
 
kekeke..tulih komang2 jee..:p kalu tulih diary bukang gitu, diary ambe in english tau hihi :p diary kaler pink :p
soalhati
March 31, 2007   09:43 AM PDT
 
ade talent lah along jadi penulis. penulis dairy! hahaha gurau je. tapi kenyataan tadi tu sies tau. k, jgn pk sgt paper yg dh blalu. focus on da nex paper.USAHA+YAKIN+TAWAKAL.OK, CHOWSINKI...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments